Kindergarten Visit Tadika Junior Minda Genius

DATE : 20 November 2015
VENUE : Kidzooona Cheras Selatan

Pada 20 November 2015, Kidzooona Cheras Selatan telah menerima kunjungan dari tadika Junior Minda Genius. Seramai 55 kanak – kanak tadika Junioe Minda genius dan 7 orang guru yang hadir. Lawatan mereka bermula dari jam 10 pagi hingga 1.00 petang. Kanak – kanak ini seronok bermain dan menikmati keseronokkan bersama – sama rakan – rakan mereka. Selain itu, kami juga mengadakan acara menari bersama – sama mereka, Aeo dan Lala turut hadir bagi memeriahkan lagi suasan bersama mereka. kami diberitahu oleh guru tadika bahawa mereka hadir untuk belajar sambil bermain di Kidzooona Cheras Selatan. Sebelum mereka pulang kami juga turut memberikan sedikit cenderahati kerana sudi datang ke Kidzooona. Puan Ina selaku guru tadika ini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan kidzooona kerana melakukan aktiviti semasa kunjungan mereka. Sekian terima kasih.

Kindergarten Visit Tadika Junior Minda Genius

Kunjungan yang dibuat oleh tadika ini dapat memberi satu program yang baik serta pengalaman kanak – kanak tadika untuk mendekati aktiviti luar selain dari kawasan sekolah mereka. Aktiviti ini juga turut membantu perkembangan minda kanak – kanak lebih mendalam. Mereka juga dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat merasakan keseronokkan belajar sambil bermain. Jutaan ribuan terima kasih kepada pihak tadika yang mengunjungi kami dan diharap aktiviti sebergini dapat dilakukan lagi dimasa akan datang. Terima kasih.

Comments are closed here.