FANPEKKA Utusan Online

DATE : 27th October 2016
VENUE : FANPEKKA Tebrau City, Johor Bahru


27-10-2016

MURID-murid sebuah sekolah pendidikan khas gembira bermain di taman permainan FANPEKKA yang baru dibuka secara rasmi di pusat beli-belah AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru, semalam.

 

JOHOR BAHRU 27 Okt. – AEON Fantasy (M) Sdn. Bhd. (AEON Fantasy), anak syarikat AEON Group Jepun membuka taman tema baharu dikenali sebagai FANPEKKA dengan pelaburan sebanyak RM10 juta di AEON Mall Tebrau City di sini.

 

FANPEKKA yang terletak di ruang niaga pusat beli-belah tersebut dengan keluasan 2,555 meter persegi itu diinspirasikan daripada kaedah pembelajaran awal kanak-kanak menerusi aktiviti bermain dari Finland. Pengarah Urusan AEON Fantasy, Chong Swee Ying berkata, taman tema dengan konsep dari Finland itu merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara serta ketiga di dunia selepas Beijing dan Wuhan, China yang mula beroperasi tahun lalu. Menurutnya, taman tema tersebut bukan sahaja dibangunkan dengan memfokuskan kepada kanak-kanak menerusi segmen pembelajaran tetapi turut direka untuk tempat seisi keluarga menikmati dan menghabiskan waktu bersama-sama. “Berbeza dengan taman tema yang lain, FANPEKKA direka untuk menajamkan fokus otak serta minda kanak-kanak menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan berdasarkan model pembelajaran yang dibawa dari negara tersebut,” katanya dalam majlis perasmian taman itu oleh Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru, Abdul Ghazali Karim di AEON Mall Tebrau City di sini hari ini. “FANPEKKA menyasarkan golo­ngan berkeluarga yang mempunyai anak-anak berusia dua hingga 12 tahun dengan sasaran kehadiran pengunjung 6,000 keluarga sebulan,” katanya dalam majlis perasmian FANPEKKA oleh Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru, Abdul Ghazali Karim di AEON Mall Tebrau City di sini hari ini.

 

For the Utusan Online News Click Here

Comments are closed here.